top of page
Search

Untukmu Guru...

  • Writer: Sapphire Crewz
    Sapphire Crewz
  • Dec 16, 2020
  • 1 min read



Wahai guru

Pembentuk acuan adiratna yang bitara Rintangan ditempuh amanah diperkasa Demi pewaris pimpinan negara bangsa Meskipun dicela pasti akan terukir tawa


Wahai guru

Memberi cahaya menyemat pengajaran Kian menerang isi jiwa kegelapan

Dek kepenatan bercampur rawan

Pasti menanti buatmu hasil kepuasan


Wahai guru

Kendatipun pelbagai prakarsa dilaksana Pasti ada yang dendam tersemat didada Walau jiwanya sudah penuh kebejatan Mulianya hatimu guru penuh keikhlasan


Wahai guru

Usah dilayan bicara setajam pedang Rahmat digenggam galau ditendang Sekalipun terdetik mahu merejam Namun ketabahan sentiasa dipegang


Wahai guru

Pencetus aspirasi semangat dirai Gelaran diingat dunia akhirat

Sudah tersedia rapi syurga firdausi Istimewa buatmu guru si penjaga amanat


Ikhlas Dari : Umar Zurrayyan


 
 
 

Commentaires


Post: Blog2_Post

017 307 4366

©2020 by Sapphire Moncheh. Proudly created with Wix.com

bottom of page